Tuesday, June 28, 2011

PROGRAM ANAK ANGKAT


Tarikh : 26 Februari 2011
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Samaguna PPD Tuaran
Objektif : 1. Memberi bantuan dan sokongan kepada pelajar melalui guru yang
menjadi ibu bapa angkat mereka
2. Pelajar akan dapat merujuk kepada ibu bapa angkat sekiranya
menghadapi masalah dalam pelajaran

PROGRAM SEHARI BERSAMA IBUBAPA TAHUN 6


Tarikh : 26 Februari 2011
Masa : 7.00 pg hingga 12.30 tgh
Tempat : Dewan Samaguna PPD Tuaran
Objektif : # Meningkatkan tahap kasih sayang dan penghormatan kepada ibubapa
# Menambah rasa tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak serta
mendapat panduan membimbing anak-anak di rumah
Penceramah Jemputan : Encik Norhasdi Hassan

Thursday, August 12, 2010

PROGRAM PENGHAYATAN



Program Penghayatan ini bertujuan memberikan murid suntikan motivasi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Selain daripada itu, ia juga akan memberikan mereka kesedaran untuk bangun daripada sikap leka selama ini.

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2010


S.K Pekan Tuaran dengan anjuran unit bimbingan & kaunseling telah melaksanakan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR selama 2 hari pada 9 & 10 Ogos 2010 bertempat di dewan S.K Pekan Tuaran. Pengisian pada hari pertama ialah Motivasi dari Guru Besar, teknik menjawab soalan bahasa melayu & teknik menjawab soalan matematik. Pada hari kedua program diteruskan dengan taklimat daripada Setiausaha Peperiksaan, teknik menjawab soalan bahasa inggeris & teknik menjawab soalan sains.

Thursday, August 5, 2010

Peserta Lelaki Terbaik




S.K Pekan Tuaran telah menghantar 6 orang wakil PRS mengikuti Kem Kaunseling Pembimbing Rakan Sebaya pada 21-23 Julai 2010 yang lalu bertempat di Pusat Kokurikulum Malangang, Kiulu. Seorang daripada peserta sekolah yang mengikuti Kem tersebut telah terpilih sebagai peserta lelaki terbaik bagi Sekolah Rendah. Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Norazuan Bin Derun. Semoga anugerah yang diperolehi menjadikan beliau sebagai seorang PRS yang berjaya pada masa akan datang.

Inventori



2 inventori telah diubahsuai dalam bentuk permainan utk menarik minat murid iaitu inventori stress dan inventori belajar. Permainan ini menggunakan guli, bekas penyimpan & soalan2 yang telah dibuat dalam bentuk kad.

Wednesday, July 7, 2010

Buku Skrap


Buku Skrap kerjaya, Buku Skrap Pendidikan Pencegahan ( Bahaya Rokok dan Bahaya Dadah ) dan Buku Skrap Halatuju Selepas UPSR boleh dilihat dan dibaca di Unit Bimbingan & Kaunseling S.K Pekan Tuaran.

Tuesday, May 25, 2010

Seminar Kemahiran Belajar

Seminar Kemahiran Belajar telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi membantu murid-murid dalam meningkatkan potensi diri dan memperbaiki pencapaian akademik. Selain daripada itu ia bertujuan untuk menaikkan semangat murid-murid bagi mencapai kecemerlangan diri dengan kata lain meningkatkan aras motivasi pelajar, melengkapkan murid-murid dengan kemahiran belajar yang efektif serta memberi panduan dan galakan bagi merangsang minat pelajar untuk belajar secara berkesan dan berjaya dengan cemerlang. Seminar ini berlangsung dalam tiga peringkat iaitu pada 30 Mac 2010 bagi murid tahun 6, 5 April 2010 bagi murid tahun 5 dan 6 April 2010 bagi murid tahun 4.

Tuesday, May 18, 2010

TAKLIMAT JADUAL WAKTU DAN KAUNSELING BERFOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Taklimat Jadual Waktu & Program Kaunseling Berfokus telah dilaksanakan Di Bilik Taklimat PKG, pada tarikh 18 Mei 2010. Taklimat tersebut disampaikan oleh En. Awang Mad Said, Penolong Kanan Pengarah Unit Bimbingan dan Kaunseling Negeri Sabah.Taklimat tersebut dihadiri oleh ahli MGK daerah Tuaran. Antara intipati taklimat tersebut ialah Buku Rekod, Jadual Waktu, Kaunseling Berfokus, Pembimbing Rakan Sebaya, Majlis Guru Kaunseling Daerah dan Anugerah.Taklimat ditangguhkan pada jam 1 tengahari.

Monday, May 17, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas, PRS & Pengawas Pusat Sumber


Kursus Kepimpinan Murid telah dilaksanakan pada 13 - 14 Mac 2010.Kursus tersebut dihadiri oleh seramai 120 orang murid yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber yang dilantik. Pihak sekolah telah menjemput penceramah dari IP Kent Tuaran yang merupakan mantan GBK S.K Pekan Tuaran Encik Mohd Fauzi Bin Azraii. Turut dibantu oleh guru-guru pelatih IP Kent yang menjalankan praktikal di sekolah ini dengan menyumbangkan bakat yang ada dalam menyampaikan slot-slot ceramah iaitu Puan Siti Maslindah Sitiman, Puan Nurul Fazarina Abd Jinais dan Cik Norshidah Jamlin.