Program Penghayatan ini bertujuan memberikan murid suntikan motivasi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Selain daripada itu, ia juga akan memberikan mereka kesedaran untuk bangun daripada sikap leka selama ini.
Thursday, August 12, 2010
PROGRAM PENGHAYATAN
Program Penghayatan ini bertujuan memberikan murid suntikan motivasi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Selain daripada itu, ia juga akan memberikan mereka kesedaran untuk bangun daripada sikap leka selama ini.
PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2010
S.K Pekan Tuaran dengan anjuran unit bimbingan & kaunseling telah melaksanakan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR selama 2 hari pada 9 & 10 Ogos 2010 bertempat di dewan S.K Pekan Tuaran. Pengisian pada hari pertama ialah Motivasi dari Guru Besar, teknik menjawab soalan bahasa melayu & teknik menjawab soalan matematik. Pada hari kedua program diteruskan dengan taklimat daripada Setiausaha Peperiksaan, teknik menjawab soalan bahasa inggeris & teknik menjawab soalan sains.
Thursday, August 5, 2010
Peserta Lelaki Terbaik

S.K Pekan Tuaran telah menghantar 6 orang wakil PRS mengikuti Kem Kaunseling Pembimbing Rakan Sebaya pada 21-23 Julai 2010 yang lalu bertempat di Pusat Kokurikulum Malangang, Kiulu. Seorang daripada peserta sekolah yang mengikuti Kem tersebut telah terpilih sebagai peserta lelaki terbaik bagi Sekolah Rendah. Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Norazuan Bin Derun. Semoga anugerah yang diperolehi menjadikan beliau sebagai seorang PRS yang berjaya pada masa akan datang.
Inventori
Subscribe to:
Posts (Atom)