Tuesday, May 25, 2010

Seminar Kemahiran Belajar

Seminar Kemahiran Belajar telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi membantu murid-murid dalam meningkatkan potensi diri dan memperbaiki pencapaian akademik. Selain daripada itu ia bertujuan untuk menaikkan semangat murid-murid bagi mencapai kecemerlangan diri dengan kata lain meningkatkan aras motivasi pelajar, melengkapkan murid-murid dengan kemahiran belajar yang efektif serta memberi panduan dan galakan bagi merangsang minat pelajar untuk belajar secara berkesan dan berjaya dengan cemerlang. Seminar ini berlangsung dalam tiga peringkat iaitu pada 30 Mac 2010 bagi murid tahun 6, 5 April 2010 bagi murid tahun 5 dan 6 April 2010 bagi murid tahun 4.

Tuesday, May 18, 2010

TAKLIMAT JADUAL WAKTU DAN KAUNSELING BERFOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Taklimat Jadual Waktu & Program Kaunseling Berfokus telah dilaksanakan Di Bilik Taklimat PKG, pada tarikh 18 Mei 2010. Taklimat tersebut disampaikan oleh En. Awang Mad Said, Penolong Kanan Pengarah Unit Bimbingan dan Kaunseling Negeri Sabah.Taklimat tersebut dihadiri oleh ahli MGK daerah Tuaran. Antara intipati taklimat tersebut ialah Buku Rekod, Jadual Waktu, Kaunseling Berfokus, Pembimbing Rakan Sebaya, Majlis Guru Kaunseling Daerah dan Anugerah.Taklimat ditangguhkan pada jam 1 tengahari.

Monday, May 17, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas, PRS & Pengawas Pusat Sumber


Kursus Kepimpinan Murid telah dilaksanakan pada 13 - 14 Mac 2010.Kursus tersebut dihadiri oleh seramai 120 orang murid yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber yang dilantik. Pihak sekolah telah menjemput penceramah dari IP Kent Tuaran yang merupakan mantan GBK S.K Pekan Tuaran Encik Mohd Fauzi Bin Azraii. Turut dibantu oleh guru-guru pelatih IP Kent yang menjalankan praktikal di sekolah ini dengan menyumbangkan bakat yang ada dalam menyampaikan slot-slot ceramah iaitu Puan Siti Maslindah Sitiman, Puan Nurul Fazarina Abd Jinais dan Cik Norshidah Jamlin.