SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH S.K PEKAN TUARAN

Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran dirasmikan oleh yang berhormat Encik Anuar Ibrahim, Menteri Pertanian Malaysia pada 15 april 1985. Sekolah ini diwujudkan oleh Chartered Company dalam tahun 1935, ia mempunyai nama yang sentiasa diubah-ubah mengikut perkembangan zaman seperti berikut;
1. G.V.S Tuaran (Goverment Venucular School Tuaran)
2. G.P.S Tuaran (Goverment Primary School Tuaran)
3. SRK Pekan Tuaran (Sekolah Rendah Kerajaan Pekan Tuaran)
4. SRK Pekan Tuaran (Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tuaran)

Pemerintahan Jepun juga pernah menggunakan bangunan sekolah ini semasa ia memerintah BORNEO UTARA (SABAH) dan anak tempatan diajar dalam aliran Bahasa jepun pada tahun 1941. Dari tahun 1935 hingga 1960, murid-murid hanya berpeluang mendapat pelajaran hingga ke peringkat yang paling tinggi iaitu darjah 5 pada ketika itu. Mereka yang lulus ditawarkan pekerjaan sebagai kerani, guru dan lain-lain.

Sekolah ini telah menjalankan Rancangan pengajaran KBSR dalam tahun 1983. Sebuah kelas Pendidikan pemulihan juga ditubuhkan pada Ogos 1984 bertujuan membimbing kanak-kanak yang lembap dalam mata pelajaran bahasa dan matematik.

Dahulunya sekolah ini mempunyai murid seramai 600 orang. Namun, bilangan tersebut semakin susut ke 300 orang ekoran wujudnya sekolah-sekolah berhampiran dengannya. Sesungguhnya sekolah ini juga mempunyai bangunan yang baru tetapi menghadapi kekurangan bilik untuk menampung keperluan dalam pembelajaran.